Just typing..
Friday, May 18


*pegang vacuum*
Upgrade sikit xP

Menemui readers ku, stalkers ku, and more. *teringat buat informal letter masa primary dulu*
Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


Again, dah lama sangat tak update blog. God, bukan lama mana pun. Tak sampai berbulan pun kan? *ketuk kepala guna hammer* Semenjak jadi budak tingkatan 5 yang belum cecah umur 17 tahun dan masih kecil tak cukup ketinggian tapi normal lagi ni, syaa asyik busy mengalahkan Perdana Menteri punya pembantu rumah je. Ada je kerja nak buat. Homework sana sini bersepah taktahu nak duduk diam. Tambah dengan kerja lain lagi. A lot of works yang perlu diselesaikan. Kalau on laptop pun, just sign in burung biru a.k.a Twitter tu je. Kalau ada masa, tweet lah. Kalau tak ada masa, biarkan jela burung biru tu terbang mengukur keluasan langit yang entah berapa hektar tu. 

Nak-nak lagi, dua minggu lepas dah start exam. Form5 dengan Form4 start awal than others. Yeah, mid-year exam ataupun dalam bahasa lingua franca nya ataupun Bahasa Melayu nya ialah Peperiksaan Pertengahan Tahun. Takut sangat lah kan sampai rasa menggigil satu badan, pegang barang apa pun semuanya jatuh, berdiri pun dah tak stabil. *hiperbola sangat* Yelah kan. Mid-year exam ni parents kena datang ambil report card. Eh yeke? *garu kepala guna cangkul* Entah, rasanya ya. So nak buat the best lah kan. Imagine kalau dapat result yang .. alahai entah nak kata apa. Mesti parents kecewa plus marah plus dengan membebel plus susah lah nak on laptop lagi lepasni plus apa cikgu cakap dekat parents nanti. Dushh, paling tak suka dan tak suka dan tak suka dan tak suka lagi. Empat kali tak suka. Tak cukup lagi? Buka Microsoft Word tak kisah 2007 atau 2010 atau 50 tahun sebelum Masihi ke apa ke, type it yourself okay? Pilihlah font ikut suka korang  tetapi syaa suggest gunalah Verdana, sebab nampak kemas. Hewhew. *gelak trend sekarang* So untuk exam kali ni memang syaa study je tanpa mengenal siang malam, penat letih. Nampak tak syaa menipu tu? Okay. Syaa study malam je pun dari pukul 8.30 sampai 12.  Kalau tak study pun, alasannya is tertidur dengan buku-buku tu sekali. 

Oh syaa takda tinggalkan peta Malaysia mahupun Benua Asia sekalipun okay. Harap maklum akan perkara tersebut. Sudah termaklum? Bagus. Tepuk tangan sambil nyanyi "kalau anda termaklum, tepuk tangan". Wajib buat muka comel kay!

So setelah penat berhempas pulas memerah keringat untuk memastikan syaa boleh jawab dengan tenang exam ni, alhamdulillah sangat. Syaa dapat jawab :) Mungkin tak sehebat pelajar-pelajar pintar tetapi at least dengan effort yang syaa buat tu, syaa dapat jawab. Even ada juga sedikit yang bocor sana sini. I mean, tak ada jawapan. Haha. Sekarang for me, at first rasa merdeka sangat dah habis exam ni. Tapi bila fikir balik dengan menggunakan otak yang masih dalam kategori waras. Em ohmyyy, belum merdeka lagi okay! Syaa masih dijajah oleh penjajah yang tak berhati perut dan tak berperikemanusiaan tetapi sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada diri syaa sendiri iaitu Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali dengan nama SPM. Kenal dia kan? Dia sangat famous dan apa ye? Em famous lah. Famous? Ya, famous. Okay. Hai SPM, kasihanilah diriku ini :'/ Nampak tak syaa tengah berdrama lima saat tadi? Tak nampak? Pergi jumpa pakar mata :D Oh lepas SPM, masuk kolej or universiti pula. See? Masih tak merdeka okay. Rasa je macam merdeka tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Masih banyak perkara yang perlu kita tempuhi sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir. *sastera sangat* 

So baru-baru ni kan ada sambutan Hari Ibu kan? Syaa tak pasti lah either kita sebagai umat Islam ni haram or tak untuk sambut. Sebab ada yang kata haram, ada yang tak kata apa-apa. Tetapi bukan ke Hari Ibu ni disambut untuk mengenang jasa ibu-ibu kita? So tak salah kan? Yeah. Hm actually, bukannya kita perlu tunggu tarikh 16 Mei tu untuk kenang jasa ibu kita. Bila-bila pun boleh. Am I right? So even dah terlewat beberapa hari, tak salah kalau syaa nak ucap SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu, mama, umi, mak, mami, makcik, nenek dan sesiapa lagi yang bergelar ibu. And especially for my one and only mother yang cantik tertarik lagi ayu, Selamat Hari Ibu! Terima kasih sebab dah lahirkan syaa. Terima kasih sebab still layan kerenah syaa dari kecil sampai sekarang. Terima kasih sebab dah besarkan syaa sehinggalah syaa dah jadi anak ibu yang comel macam ibu ni. *biarlah aku nak puji diri aku sendiri 5saat je* Terima kasih sebab sabar dengan perangai syaa yang ibu sendiri tahu syaa sangatlah pemalas. Maafkan segala kesilapan dan ketinggalan yang dikecualikan .. eh? Apahal masuk akaun ni. Duhh spoilt! Kay ulang. Maafkan segala kesilapan dan kesalahan syaa dari syaa kecil comel molek ala tomey tomey sehingga syaa besar yang sebenarnya taklah besar mana, baru 16 tahun je pun. Hehe.  

And yeah, 23 Mei ni birthday satu-satunya ayah syaa yang handsome lagi kacak dan kadang-kadang bila senyum or ketawa, muka macam Afdlin Shauki. So di kesempatan ini, syaa nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat ayah terchenta. *sengaja buat typo tu* Syaa mungkin tak boleh bagi ayah ataupun ibu hadiah yang besar dan bernilai mahupun mahal harganya, yang syaa boleh bagi is kejayaan syaa, insha Allah :') Syaa akan belajar sungguh-sungguh sehingga syaa berjaya nak capai bintang dan ukir nama syaa sambil nyanyi lagu Yuna - Terukir di Bintang tu. Syaa doakan semoga ayah dan ibu dimurahkan rezeki selalu, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera.

Terima kasih ayah dan ibu. Sayang ayah dan ibu :*





Oh just to remind myself, Isnin ni still ada paper, it is PJK and PSK. Yeah tak perlu baca buku pun sebenarnya. Dah pandai sangat kan? Kononnya.. Padahal still tak dapat A+ pun. Bwekkkk *jelir lidah yang tak sepanjang lidah anjing* And one more thing, erhhh it is hard to say. Never mind, tak perlu kot. Sooner or later, korang akan tahu juga, maybe? Entah :D 

So that's all for today. Syaa dah penat menari-narikan jari yang tak berapa nak runcing atau memang tak runcing ni *tilik jari kejap* atas keyboard atau keypad atau papan kekunci. Hamboi :3 Mata pun dah berpinar ni duk menghadap laptop. Thanks for reading! :D Assalamualaikum.


Past | New